Malaysia Ke-13 Negara Paling Aman Dunia – Laporan Indeks Keamanan Global 2025

KUALA LUMPUR: Malaysia terus memperkukuh imejnya sebagai negara aman apabila menduduki tempat ke-13 dunia dalam laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2025, yang diterbitkan oleh Institute for Economics and Peace (IEP), semalam.

Dengan catatan 1.469 mata, Malaysia menjadi negara kedua paling aman dalam kalangan negara ASEAN, hanya di belakang Singapura yang berada di kedudukan ke-6 dunia.

Laporan tersebut menilai 163 negara berdasarkan tahap keselamatan masyarakat, konflik dalaman dan antarabangsa serta kenteraan.

“Malaysia berada pada kedudukan ke-13 dunia dan kedua paling aman dalam kalangan negara ASEAN dengan 1.469 mata,” menurut Indeks Keamanan Global (GPI) 2025.

Walaupun Malaysia turun satu anak tangga berbanding tahun sebelumnya, skor keseluruhan kekal stabil, menunjukkan keteguhan dasar keamanan dan hubungan diplomatik negara.

Negara-negara Scandinavia mencatat peningkatan ketara tahun ini, menyebabkan sedikit perubahan dalam kedudukan keseluruhan.

Kerajaan akan terus melaksanakan strategi diplomatik dan keselamatan termasuk memperkukuh kerjasama antara agensi penguatkuasaan dan komuniti, meningkatkan daya tarikan pelancongan melalui jaminan keselamatan diplomatik dan mempromosikan dialog keamanan rentas budaya dan agama.

Anda Mungkin Berminat