Malaysia komited usaha memerangi Islamofobia di Eropah

Malaysia optimis dalam mengambil pendekatan bagi membasmi manifestasi Islamofobia yang semakin menular di Eropah, selain memaparkan golongan baragama Islam sebagai kumpulan minoriti di kawasan tersebut.

Pandangan itu diluahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluangkan masa bersama kumpulan pemikir dan sarjana Eropah dalam memikirkan langkah efektif bagi menangani permasalahan tersebut.

“Rakan-rakan sarjana turut mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan menentang penularan budaya tidak sihat ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pertemuan itu memperlihatkan Anwar mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan sarjana dari International Institute of Islamic Thought (IIIT), Arab World Institute dan Middle East and Mediterranean Research Centre (CERMOM) dalam perbincangan mengenai isu ini.

Tambahnya, beliau dan rakan-rakan sejawat akan terus menjadi penggerak utama bagi membasmi isu Islamofobia.

Islamofobia merupakan perasaan benci terhadap agama Islam dan kebanyakan negara yang mempunyai manifestasi seperti ini mempunyai bilangan komuniti Islam yang kecil seperti negara-negara Eropah yang hanya mempunyai populasi lima peratus penganut agama berkenaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat