LAMA tidak balik Malaysia, sekali balik terus terkejut sebab hampir semua kedai dah pakai kod QR untuk bayar!
Itu yang dikongsikan seorang pengguna Threads, Aimi Aljafri, apabila dia perasan betapa majunya sistem pembayaran di Malaysia berbanding di United Kingdom.
“Sekarang saya perasan kebanyakan kedai di sini guna kod QR untuk pembayaran. United Kingdom jauh ketinggalan. Malaysia jauh lebih maju,” tulisnya.
Aimi turut membandingkan United Kingdom yang masih banyak menggunakan kad dan wang tunai, sedangkan Malaysia sudah semakin selesa membuat pembayaran menggunakan telefon sahaja.

Cuma dia ada juga risau kalau peniaga tidak semak betul-betul, orang boleh sahaja ‘edit’ resit QR untuk nampak macam dah bayar, padahal belum.
Fakta menarik: Malaysia sebenarnya nombor dua tertinggi dunia dalam penggunaan kod QR untuk pembayaran iaitu enam puluh enam perpuluhan satu peratus, hanya kalah dengan China.
Tak hairanlah ramai orang luar pun kagum dengan betapa “canggih” cara kita membeli-belah sekarang imbas, bunyi beep, selesai!
Baca juga: