Malaysia kekal di tangga teratas buat tahun ke-10 berturut-turut bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023.
Kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, perkara itu berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy 2023 yang dikeluarkan oleh Dinar Standards.
“Ini menjadi indikasi bahawaindustri halal Malaysia semakin berkembang pesat berbanding negara lain.
“Ia turut menyumbang kepada kedudukan Malaysia yang kekal di tempat pertama daripada 81 negara bagi tahun ke-10 berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
JAKIM menerima 15,605 permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sepanjang tahun lalu, meningkat empat peratus pada tahun 2022.
Hakimah berkata, sebanyak 8,509 permohonan diluluskan daripada keseluruhan permohonan yang diterima.
Perkara itu membabitkan 132,106 produk dipersijilkan halal, dengan jumlah yuran yang diterima ialah RM11.035 juta.
“Produk yang mendapat sijil halal meliputi skim produk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, bahan gunaan dan peranti perubatan,” katanya.
JAKIM akan memastikan komitmen penuh diberi bagi memastikan pengurusan SPHM berada pada tahap terbaik dengan pelbagai inisiatif baharu dirancang dan dirangka diharapkan dapat memperkasakan pensijilan halal Malaysia di peringkat global.
Baca juga:








