Malaysia Sambut Kunjungan Ant International, Fokus Perkongsian AI Dan Ekonomi Digital

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Ant International, Peng Yang bersama delegasi syarikat tersebut.

Pertemuan itu membincangkan tahap kemajuan penggunaan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia serta peluang kerjasama dalam bidang pelancongan, perdagangan, teknologi dan pembangunan bakat.

Ant Group, yang bermula dengan perkhidmatan AliPay pada tahun 2004, kini berkembang sebagai syarikat multinasional berpangkalan di China.

Ant International pula beribu pejabat di Singapura dan berfungsi sebagai unit perniagaan antarabangsa di bawah Ant Group.

Khazanah Nasional Berhad merupakan pelabur utama serta rakan kongsi bagi Alibaba Group dan Ant Group.

“Malaysia mengalu-alukan pengembangan perniagaan dan pengukuhan perkongsian Ant International dengan syarikat-syarikat Malaysia dengan mengikut kerangka mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan membina keupayaan dalam meningkatkan tahap ekonomi digital negara,” katanya.

Anda Mungkin Berminat