Malaysia Sasar 35 Peratus Tenaga Boleh Baharu Menjelang 2030

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan 35 peratus sumbangan tenaga boleh baharu dalam sistem tenaga negara menjelang 2030, sebagai usaha memperkukuh keselamatan tenaga dan menyokong peralihan ke ekonomi rendah karbon.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 2 Tahun 2025 yang menumpukan kepada Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR).

“Kita mahu sistem tenaga negara lebih inovatif, berdaya saing dan inklusif.

“Mesyuarat turut meluluskan pembangunan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (e-Mobility Service Platform) bagi menyepadukan operasi stesen pengecasan kenderaan elektrik di seluruh negara.

“Selain itu, unjuran permintaan dan pembekalan elektrik bagi pusat data turut dipersetujui berdasarkan penilaian Suruhanjaya Tenaga “ katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Tambahnya, pelaburan dalam teknologi hijau dan pembangunan e-Mobiliti akan membantu Malaysia menjadi peneraju ekonomi rendah karbon yang mampan.

“Kerajaan menekankan bahawa langkah ini selari dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) untuk membina sistem tenaga lebih mampan, berdaya tahan, dan menyokong pertumbuhan sosioekonomi negara” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat