Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa pendamaian hanya dapat diperkukuh menerusi kerjasama erat antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi serantau seperti ASEAN.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama selaku Pengerusi ASEAN pada Ministerial Meeting of the UN Group of Friends of Mediation di New York, pagi tadi.
Muhammad menjelaskan sejarah telah membuktikan bahawa organisasi serantau mempunyai kefahaman yang lebih mendalam terhadap konteks tempatan dalam proses pendamaian.
“Malaysia komited untuk terus memajukan budaya dialog, pencegahan dan keamanan, di samping memperkukuh kerjasama serantau dalam menghadapi konflik global,” katanya.
Beliau turut merujuk kepada peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN yang pernah bertindak sebagai pendamai ketika tercetus ketegangan antara Kemboja dan Thailand.
Mohamad turut menyeru agar semua pihak memperbaharui komitmen dalam membina sistem yang lebih menyokong kerjasama serantau.
Baca juga: