Malaysia Tegas Sokong Keamanan Timur Tengah – KSN

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmennya dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah menerusi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, semua input berkaitan sidang telah dikemukakan dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Pengurus CCC Asia dalam masa terdekat.

Mengulas kehadiran Perdana Menteri China, Li Qiang, beliau menyatakan bahawa pemimpin itu dijangka menghadiri sidang di lokasi sama, namun butiran lanjut akan diketahui selepas sesi petang.

“Kami sentiasa mempromosikan kestabilan dan keamanan, namun kita sedar bahawa situasi di Timur Tengah amat mencabar dan penuh tekanan,” katanya.

Dalam perbincangan sidang, pemimpin serantau turut membincangkan situasi di Gaza dan sependapat mengenai keperluan mendesak untuk mencari jalan penyelesaian segera.

“Kami telah berbincang mengenai Gaza. Kami sedang berusaha mencari jalan bagi menghentikan keganasan dan membawa keamanan kepada rakyat di sana,” ujarnya.

Anda Mungkin Berminat