Malaysia terbang tinggi, industri aeroangkasa catat lonjakan pendapatan kepada RM25.1 bilion

PETALING JAYA: Industri Aeroangkasa Malaysia semakin melonjak tinggi apabila mencatat pendapatan sebanyak RM25.1 billion pada tahun 2024 dengan unjuran pertumbuhan 20 hingga 25 peratus pada tahun 2025.

Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, kejayaan itu berjaya dicapai menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu dan Malaysian Aerospace Industry Blueprint 2030 (MAIB 2030).

“Pencapaian kita jelas menunjukkan keyakinan global terhadap keupayaan, daya tahan, dan tenaga kerja mahir kita.

“Dengan komitmen semua pihak, saya yakin Malaysia mampu mencapai sasaran sebagai negara aeroangkasa terulung di Asia Tenggara menjelang 2030,” katanya.

Tengku Zafrul turut merakamkan ucapan syabas kepada Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA) atas usaha gigih mereka yang menyatukan ekosistem aeroangkasa Malaysia.

“Syabas kepada Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA) atas usaha gigih menyatukan ekosistem aeroangkasa kita daripada OEM dan penyedia MRO, hinggalah PKS, syarikat permulaan dan institusi teknikal.

“Tidak lupa juga penghargaan kepada National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO) sebagai rakan strategik makan malam ini, serta Invest Selangor dan semua rakan kongsi atas sokongan padu,” kata beliau.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat