DILI: Perdana Menteri Malaysia menerima anugerah sivil tertinggi Timor Leste, Grand Collar of the Order of Timor-Leste, daripada Presiden Dr José Ramos-Horta semalam.
Anugerah berprestij itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan serta komitmen Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala dan serantau.
“Dengan penuh rasa hormat, saya menerima anugerah ini bagi pihak rakyat Malaysia. Ia juga menjadi simbol persahabatan kukuh antara kedua-dua negara,” katanya.
Sebelum menerima anugerah, Perdana Menteri turut menyampaikan ucaptama dalam siri Presidential Lecture, menekankan keperluan negara anggota memperkukuh kesepaduan dan kepusatan ASEAN bagi menghadapi persaingan geopolitik serta cabaran serantau yang semakin kompleks.
Beliau menegaskan, sepanjang hampir enam dekad, ASEAN telah melalui pelbagai pasang surut.
“Pengajaran yang diperoleh membuktikan bahawa kesepaduan dan kepusatan tidak boleh dipandang ringan. Kesepaduan ASEAN mesti dipertahankan secara berterusan kerana perpecahan hanya akan melemahkan usaha bersama membina rantau yang aman dan makmur,” katanya.
Baca juga: