Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan Lesen Import Percubaan Klinikal (CTIL) bagi produk biologik yang digunakan secara ‘kali pertama keatas manusia’ atau First-In-Human (FIH) yang dikatakan mampu merawat kanser.
Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang meluluskan protokol percubaan klinikal ini di samping negara-negara lain termasuk Sepanyol, Perancis, Itali dan banyak lagi.
Menurut Pengarah Kanak Perkhidmatan Farmasi, Norhaliza A Halim, percubaan pertama FIH ini dijadualkan akan dijalankan pertama kali di Malaysia di Hospital Umum Sarawak yang melibatkan seramai 48 orang pesakit kanser yang dirawat di hospital berkenaan.
“Hospital Umum Sarawak merupakan salah satu tapak kajian klinikal yang diakreditasi pihak Bahagian Regulatori Fasmasi Negara (NPRA) untuk menjalankan percubaan klinikal FIH di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat
Terdahulu, persetujuan meluluskan permohonan lesen itu dimeterai pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-395 pada Khamis lalu.
Pihak KKM turut menyatakan mereka akan terus memantau dan memastikan keselamatan produk yang digunakan dalam semua percubaan klinikal untuk mempertingkatkan akses rakyat Malaysia kepada ubat-ubatan yang berkualiti.
Baca juga: