Mangsa banjir di 2 daerah di Johor menurun, 4 daerah lagi tidak berubah

Keadaan banjir di negeri Johor dipercayai semakin pulih apabila angka mangsa dilaporkan berkurangan pada Jumaat.

Kata Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, jumlah mangsa diturukan kepada 4,942 orang membabitkan 1,369 keluarga sehingga pukul 8 pagi Jumaat.

Jelasnya, semua mangsa banjir di enam daerah terjejas banjir di negeri berkenaan masih ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi.

“Kota Tinggi kini mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 4,057 orang daripada 1,120 keluarga yang ditempatkan di 24 PPS manakala di Johor Bahru juga menurun kepada 336 orang membabitkan 89 keluarga di tiga PPS yang masih beroperasi.

“Kluang tidak berubah dengan 350 mangsa daripada 102 keluarga yang semuanya masih ditempatkan di tiga PPS; Segamat kekal 95 orang daripada 28 keluarga di tiga PPS; Batu Pahat dengan 87 mangsa daripada 26 keluarga di dua PPS, manakala Pontian masih 17 mangsa daripada empat keluarga di satu PPS,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan pada Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) pula mengeluarkan amaran ribut petir di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, manakala amaran waspada iaitu hujan berterusan dikeluarkan di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang dijangka esok hingga Ahad.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat