Mangsa banjir di Johor cecah 11,387 orang

Oleh: Tyah Helmi

JOHOR BAHRU: Angka mangsa banjir di Johor terus meningkat sehingga mencapai sebanyak 11,387 orang setakat 9:56 pagi tadi yang membabitkan 3,540 keluarga pada Sabtu.

Menerusi laporan di laman sesawang Jabatan Kemajuan Masyarakat hari ini, mangsa banjir di enam daerah yang terjejas iaitu Johor Bahru, Kluang, Pontian, Kota Tinggi, Kulai dan Batu Pahat kini ditempatkan di 83 pusat pemindahan sementara (PPS).

Manakala di Portal bencana agensi pengurusan bencana negara pula memperincikan tahap banjir di enam daerah terlibat di Johor setakat 6 pagi tadi iaitu di daerah Kluang, Kota Tinggi, Kulai dan Batu Pahat.

Ujarnya, dua daerah yang lain iaitu Pontian dan Johor Bahru mengalami penurunan tahap banjir.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan Johor Bahru antara daerah awal yang dilaporkan mengalami tahap banjir yang paling teruk setakat 6 petang semalam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat