Jumlah mangsa banjir di Johor dikhabarkan meningkat daripada 338 mangsa kepada 503 orang setakat pagi Ahad ini.
Berdasarkan portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 503 mangsa daripada 134 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2.30 petang.
“PPS yang menepatkan mangsa banjir termasuk di Kluang, Segamat, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru.
“Mangsa membabitkan 94 kanak-kanak lelaki, 79 kanak-kanak perempuan, 157 lelaki dewasa, 162 perempuan dewasa, sembilan orang kurang upaya (OKU) yang masing-masing tujuh lelaki dan dua perempuan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Situasi banjir di Pahang pula mencatatkan seramai 169 mangsa banjir daripada 37 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.
“Antara PPS yang termasuk Dewan Orang Ramai Bukit Ibam; Dewan Semai Bakti Chini 3; Dewan Semai Bakti Chini 1; Balai Raya Kg Gumum; Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3; Balairaya Batu Gong dan Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam.
Tambahnya, “Mangsa banjir di Pahang terdiri daripada 55 lelaki dewasa, 58 perempuan dewasa, 26 kanak-kanak lelaki, 18 kanak-kanak perempuan dan seorang OKU lelaki.”
Baca juga: