Mangsa banjir di lapan daerah di Kelantan direkodkan semakin meningkat dari 11,329 kepada 13,777 orang di 83 pusat pemindahan sementrara (PPS) pada Isnin.
Daerah tersebut ialah Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Gua Musang, Pasir Puteh dan Kota Bharu.
Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 4204 keluarga telah dipindahkan ke 90 PPS di Kelantan.
Pecahan mangsa terdiri daripada 4425 lelaki dewasa, 4586 perempuan dewasa dan baki daripada pecahan tersebuh terdiri daripada warga emas lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan bayi, dan Orang Kelainan Upaya (OKU) lelaki dan perempuan.
PPS di Sekolah Kebangsaan Gual To’deh di Rantau Panjang, Pasir Mas mencatatkan bilangan mangsa paling ramai yang ditempatkan iaitu seramai 1,071 mangsa.
Sementara itu, PPS Sekolah Kebangsaan Gual Jedok di daerah Tanah Merah merekodkan kapasiti hampir penuh apabila memiliki seramai 107 orang mangsa.
Bagaimanapun, kapasiti di kedua-dua PPS tersebut hanya mampu menampung seramai 120 orang mangsa sahaja.
Laman Web Rasmi Public Infobanjir pula memaklumkan sebanyak lima sungai di Kelantan mencatat paras bahaya iaitu Sungai Galas dan Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Golok di tanah Merah, Sungai Golok di Pasir Mas dan Sungai Kelantan di Kota Bharu.
Sungai yang berada pada paras amaran pula ialah Sungai Galas dan Sungai Lebir di Gua Musang, Sungai Nal di Kuala Krai dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.
Baca juga: