Mangsa banjir di Sarawak berkurangan

BINTULU: Situasi banjir di Sarawak sedikit berkurangan dengan jumlah penduduk terjejas yang ditempatkan di 59 pusat Pemindahan sementara (PPS) iatu 11,575 orang setakat 7.48 pagi Ahad.

Jumlah itu berkurangan daripada 12,470 mangsa berlindung di PPS semalam.

Menerusi Info Bencana JKM memaklumkan Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,224 orang diikuti di Serian (2,596), Samarahan (2,122), Sibu (1,193), Miri (386) dan Mukah seramai 54 oran di satu PPS.

Manakala di negeri Sabah pula juga merekodkan penurunan kepada 1,408 orang di lapan PPS.

Daerah Pitas masih mencatatkan angka penduduk terjejas tertinggi dengan 742 orang melibatkan 274 keluarga di empat PPS.

Daerah Lahad Datu, pula merekodkan 520 penduduk terjejas di dua PPS.

Manakala daerah Beaufort pula merekodkan 110 mangsa dengan hanya satu PPS dibuka.

Daerah Paitan merekodkan 36 penduduk terjejas dengan satu PPS masih dibuka.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat