KUALA SELANGOR: Gara-gara banjir kilat malam tadi, lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini membabitkan 1,193 orang setakat 8.18 pagi hari ini.
Menerusi laman sesawang info bencana JKM, Kuala Selangor menjadi daerah tertinggi mencatatkan mangsa banjir iaitu 615 orang, diikuti di Shah Alam (412) dan Gombak (166).
Sementara itu, di Betong Sarawak masih mengekalkan 105 mangsa banjir daripada 26 keluarga.
Berbanding di Kedah, PPS yang ditutup keseluruhan tengah hari Khamis terpaksa dibuka kembali iaitu satu PPS di Baling bagi menempatkan 209 mangsa.
Mangsa banjir di Perak juga meningkat kepada 202 orang, Pulau Pinang (27) dan Pahang (tujuh orang).