Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan mengakibatkan seorang mangsa mengalami sesak nafas di Lebuhraya Plus Utara Selatan menghala Utara pada pukul 11.51 malam, Rabu.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan, Mohammed Gadaffi Abdul Manaf, sebuah kenderaan jenis Toyota Camry didapati telah hilang kawalan lalu terbabas yang menyebabkan berlakunya kemalangan.
“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 telah dihantar ke lokasi kejadian, seramao 10 orang anggota sejurus selepas panggilan kecemasan diterima.
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat dua orang mangsa lelaki terlibat dalam kemalangan. Salah seorang berusia 48 tahun mengalami sesak nafas manakala seorang lagi mangsa berusia 49 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kedua-dua mangsa diserahkan kepada Pihak kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menerima rawatan selanjutnya.
Baca juga: