Mangsa terperangkap dalam gua tidak alami kecederaan serius – Bomba

KUALA KRAI: Seramai 40 mangsa termasuk guru dan 21 kanak-kanak dari sebuah tadika berjaya diselamatkan selepas terperangkap akibat kepala air akibat paras air sungai yang meningkat secara mendadak di Gua Ikan, Dabong, di sini, semalam.

Kumpulan itu berasal dari Kuala Berang, Terengganu dan telah menaiki kereta api di Stesen KTM Tanah Merah untuk mengadakan lawatan ke gua berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 3.24 petang dan tiba di lokasi dalam masa enam minit.

Operasi penyelamatan melibatkan tujuh anggota serta beberapa jentera seperti bot untuk memindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berjaya diselesaikan pada pukul 5.13 petang.

“Bertindak segera sebaik sahaja menerima maklumat dan berjaya menyelamatkan semua mangsa tanpa sebarang kecederaan serius.

“Kami menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan menghindari kawasan berisiko tinggi terutama semasa musim monsoon,” kata Komander Operasi, Mohd Aiman Aminuddin.

Anda Mungkin Berminat