PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memulakan pelaksanaan program Transformasi melibatkan 7,290 premis perniagaan di seluruh negara, termasuk Arkeb dan Bazar MARA.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu bertujuan memperkasa usahawan Bumiputera dengan menyediakan fasiliti perniagaan yang lebih moden, kondusif dan berdaya saing.
Menurut beliau, tindakan undang-undang turut diambil terhadap penyewa premis yang gagal mematuhi syarat ditetapkan, termasuk mereka yang culas dalam pembayaran sewa.
“Program transformasi ini penting supaya premis-premis MARA bukan sahaja menjadi lokasi perniagaan, malah mampu menarik pelanggan dengan imej lebih segar dan profesional.
“Pada masa sama, kami terbuka menerima pandangan serta cadangan semua pihak untuk menambah baik inisiatif ini demi manfaat usahawan dan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Baca juga:








