Maritim Malaysia buat persiapan akhir sempena PATKOR OPTIMA MALINDO

Satu siri taklimat telah diadakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)sempena PATKOR OPTIMA MALINDO 31A/2024 sebagai persiapan buat petugas Markas Operasi Bersepadu (MOB).

Taklimat tersebut diadakan bagi mempersiapkan pegawai dan anggota yang bertugas bermula pada Selasa.

Menurut Komander Maritim, Ahmad Faez Mat Ghani selaku penyampai taklimat, ia menfokuskan kepada prosedur komunikasi, rutin penugasan, keperluan logistik serta ujian komunikasi.

“MOB PATKOR OPTIMA MALINDO 31A/2024 diaktifkan bermula 8.00 pagi ini dan bakal berakhir setelah tamat operasi pada 13 Jun 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, antara agensi yang terlibat dengan penugasan di MOB ialah Maritim Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia( TUDM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia.

Turut hadir dan terlibat sama iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, dan Jabatan Laut Malaysia.

Terdahulu, tiga buah aset laut milik kerajaan Indonesia selamat berlabuh di Pelabuhan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) Pulau Pinang, ia merupakan antara aset yang bakal digerakkan bagi Operasi Patkor Optima MALINDO 31A/2024.

KRI CLURIT (TNI-AL), KN BELUT LAUT (BAKAMLA) dan KP HIU 16 (PSDKP) tiba di posisi pertemuan pada Isnin dan diiring masuk ke Jeti SPCT oleh KM MALAWALI.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat