Masalah keluarga dakwa jadi punca ibu tunggal jatuh tingkat 21 

Masalah keluarga dipercayai terkait dengan insiden  seorang wanita yang merupakan penjawat awam jatuh dari tingkat 21 sebuah kondominum di Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat. 

Kata Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit. 

Ujarnya, motif kejadian masih dalam siasatan, namun percaya perselisihan faham keluarga terkait dengan hal itu. 

“Siasatan lanjut berhubung kes itu daripada pelbagai sudut masih diteruskan. 

“Motif kejadian masih dalam siasatan namun dipercayai ia berkait perselisihan faham keluarga.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan,” katanya menurut laporan Berita Harian. 

Dalam pada itu, laporan tersebut turut mengatakan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan masih diteruskan.

Seblum ini, media melaporkan seorang kakitangan awam wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Cheras.

Kejadian dilaporkan kira-kira pukul 9 malam apabila mayat mangsa ditemui terbaring oleh pengawal keselamatan di kaki lima di Blok C kondominium terbabit.

Difahamkan, mangsa berusia 40 tahun itu seorang ibu tunggal mempunyai lima anak dan pernah menjadi penerima Anugerah Cemerlang perkhidmatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk dibedah siasat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat