Penduduk sektiar Pantai Suri, Kota Bahru, dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang merupakan seorang ahli peniagaan kosmetik yang dipercayai terjatuh dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, kira-kira dua minggu lalu.
Pengesahan tesebut dibuat oleh isteri mangsa, selepas membuat pengecaman seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh Norhisyam Ismail, 43, sebelum kejadian.
Seorang saksi, Mohd. Faiza Ibrahim, 44, berkata, dia mengetahui ada mayat terdampar di pantai itu selepas dihubungi oleh rakannya yang sedang memancing di kawasan berkenaan kira-kira pukul 6 petang.
Menurutnya, rakannya yang berusia dalam lingkungan 30-an ketika itu sedang mencari bekas untuk menimba air dari dalam perahunya sebelum terhidu bau busuk. Dia kemudiannya menjejaki bau busuk itu sebelum terjumpa mayat seorang terdampar di pesisir Pantai Suri.
“Selepas menghubungi talian kecemasan, saya membawa polis dan salah seorang ahli keluarga mangsa untuk membuat pengecaman,” katanya menurut Kosmo pada Ahad.
Sebelum ini melaporkan, seorang peniaga produk kosmetik sempat menghubungi bapa mentuanya agar datang mengambil keretanya yang rosak sebelum dia terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong pada 15 Januari lalu.
Baca juga:








