Polis cari waris mayat lelaki ditemukan tanpa identiti di ‘night market’

Polis mencari waris seorang lelaki ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri di Wharf Pasar Baru (Night Market), Kapit, Sarawak.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemukan pada 24 Mac lalu tanpa pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Anak Nanu berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 6.35 pagi.

“Mangsa tersebut dikenali dengan nama panggilan ‘Awi’ (secara lisan) telah disahkan meninggal dunia.

“Satu kertas siasatan laporan mati mengejut telah dibuka dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali si mati terutamanya keluarga terdekat dan saudara mara diminta menghubungi Ketua Polis Balai Kapit, Sarawak, Si Steward Ak Albert di talian 013-7595095.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat