Mayat lelaki warga Indonesia dipercayai lemas telah ditemui

Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti memancing di Kampung Pahlawan, Bidor, Perak telah dijumpai oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada Rabu.

Menurut jurucakap JBPM, Komander Operasi bertindak melaksanakan ‘size-up‘ serta mengenalpasti ‘hot spot‘ mangsa lemas di kawasan lombong berkenaan.

Beliau seterusnya mengarahkan anggota membuat pencarian secara ‘surface searching‘ menggunakan tiga buah bot penyelamat dan juga ‘grappling iron‘ (cangkuk besi) di lokasi mangsa lemas dengan jarak 100 meter dari tebing.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah membuat selaman dan pencarian di dalam air di ‘hot spot’ mangsa lemas dengan jarak 50 meter dari tebing.

“Unit K9 telah tiba dilokasi pada pukul 5.01 petang dan membantu membuat pencarian mangsa dan mayat mangsa telah pun dijumpai pada pukul 7.30 petang pada Rabu,” katanya.

Sebelum ini, JBPM Negeri Perak telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.32 pagi mengenai insiden terbabit.

Bertindak atas panggilan kecemasan, sebanyak 30 orang anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bidor, BBP Teluk Intan, PBS Teluk Intan dan PBS Langkap ke lokasi kejadian.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat