Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Pangkor Laut

Satu mayat tanpa identiti ditemukan reput dan terapung di perairan Pangkor Laut, Perak pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata, pihaknya menerima maklumat sekitar pukul 12.18 tengah hari sebelum anggota polis Balai Pulau Pangkor bersama anggota Polis Marin Kampung Acheh diarahkan untuk ke lokasi kejadian.

“Mangsa memakai seluar jean berwarna biru serta baju merah. Pemeriksaan lanjut tidak menjumpai dokumen pengenalan diri dan jantina mayat belum dikenal pasti.

“Mayat tersebut dipercayai berada di laut sejak dua minggu lalu berdasarkan keadaannya yang telah reput dan pakaian berlumut,” katanya dalam satu kenyataan lapor Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, mayat berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ditalian 05-6886222 bagi membantu siasatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat