Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis bagi memberi penjelasan berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak.
Beliau dinyatakan hadir di Putrajaya pada pukul 8.30 pagi untuk memberi keterangan susulan perkhabaran melaporkan beliau akan diambil SPRM dalam masa terdekat.
Difahamkan, SPRM bertindak selepas menerima laporan daripada kontraktor yang dijanjikan untuk mendapat projek-projek di negeri berkenaan sekiranya dana dimasukkan ke akaun persatuan bola sepak kemudian.
Berdasarkan siasatan sumber itu, terdapat individu yang berjawatan tinggi di Kerajaan Negeri dan persatuan bola sepak yang berjanji akan meberikan projek berkenaan sebagai balasan kontraktor yang menyumbang dana.
Namun, kontraktor-kontraktor ini tidak mendapat sebarang projek setelah menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.
Kontraktor tersebut melaporkan kes ini kepada SPRM setelah merasakan dirinya ditipu atas penawaran projek tersebut lapor Utusan.
7 Januari lalu, Muhammad Sanusi mendakwa wang sebanyak RM6 juta dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak kedah (KFA) adalah sumbangan sebuah syarikat.
Sanusi turut berkata, syarikat itu mempunyai konsesi projek loji rawatan air di negeri ini dan berharap konsesi itu akan disambung.
Terdahulu, media melaporkan, SPRM menahan reman empat individu termasuk CEO KFA masing-masing berusia 40 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM6 juta.
Wang itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji rawatan air di Kedah.
Baca juga: