MB Pahang terima rawatan di IJN

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob, dalam kenyataan pada Khamis, berkata Wan Rosdy dijadualkan menerima rawatan sehingga tarikh yang akan ditentukan pakar perubatan.

“Datuk Seri (Wan Rosdy) akan menerima rawatan di IJN bermula Jumaat, sehingga satu tarikh yang ditentukan oleh doktor.

“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan supaya rawatan yang dirancang akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat