MCA konsisten kempen menangkan Awie di PRK Nenggiri

GUA MUSANG: Parti MCA konsisten turun padang berkempen meraih undi biarpun pengundi Cina dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri ini hanyalah 0.2 peratus daripada keseluruhan 20,259 pengundi berdaftar.

Dalam satu kenyataan hari ini, hari terakhir berkempen menjadi semangat parti komponen Barisan Nasional itu meneruskan hubungan setiakawan antara mereka.

“Baru-baru ini Pengerusi Negeri MCA Kelantan, Chua Hock Kuan bersama Ketua Bahagian MCA Gua Musang dan jentera MCA telah menyantuni pengundi Cina di DUN Nenggiri, termasuk menziarahi seorang pengundi yang uzur. 

“Selain meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan sepertimana sebelum adanya PRK, jentera MCA juga menawarkan bantuan-bantuan yang diperlukan oleh masyarakat setempat,” katanya di Facebook pada Jumaat.

Selain turun padang, MCA Kelantan turut berkempen di media sosial untuk memenangkan calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

PRK Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi.

#PRKNenggiri #BarisanNasional

Anda Mungkin Berminat