Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siastan melibatkan penyebaran kandungan palsu mengenai dakwaan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa tahun ini.
Menurut kenyataan pada Sabtu, pihak MCMC mengesan penyebaran kandungan tersebut dibuat menerusi beberapa pemilik akaun Facebook.
“Semalam (Jumaat), empat daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandngan tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan oleh pihak MCMC.
“Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, beberapa individu lain juga dijangka akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Orang ramai turut diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.
Baca juga: