‘Memang berpandangan jauh’, Shahrul Samsudin kini pemangku CEO KDA FC

Kedah Darul Aman FC melantik Shahrul Samsudin dilantik sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC bagi tujuan melancarkan pentadbiran dan urusan semasa kelab.

Tindakan segera itu dibuat selepas posisi berkenaan kosong susulan Khamal Idris Ali meletakkan jawatan selepas empat tahun menggalas tanggungjawab tersebut.

Terdahulu, Shahrul yang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan KDA FC.

Perlantikan tersebut secara tidak langsung, mendapat sokongan baik peminat pasukan itu.

“Dia memang berpandangan jauh dalam sukan. Saya percaya akan kebolehan beliau, InshaAllah,” kata Ashraff.

“Tahniah dan semoga dipermudahkan segala urusan,” kata Asri.

“Saya sangat setuju. Ni baru betul, Shahrul sangat layak untuk dilantik sebagai CEO KDA,” kata Zuan.

“Tahniah ya, memang terbaik. Jalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik. Lagipun beliau memang ada pengalaman dalam KDA,” kata Idris.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat