Raja Affandi ucap terima kasih kepada pengundi

Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menzahirkan penghargaan kepada seramai 27,778 pengundi yang memberikan sokongan kepadanya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Sabtu.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera UMNO, BN dan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat bahagian, negeri dan seluruh negara yang bertungkus-lumus membantu berkempen buat dirinya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada 27,778 orang Kemaman yang memberi sokongan kepada saya dalam PRK ini.

“Sesungguhnya, kita hanyalah berusaha dan selebihnya saya berserah kepada ALLAH SWT,” katanya dalam kenyataan lapor Sinar Harian.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera UMNO, BN dan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat bahagian, negeri dan seluruh negara yang bertungkus-lumus membantu berkempen buat dirinya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada 27,778 orang Kemaman yang memberi sokongan kepada saya dalam PRK ini.

Dalam pada itu, Raja Mohamed Affandi turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pas kerana berjaya mengekalkan penguasaan parti tersebut di kerusi Parlimen berkenaan.

Pas berjaya mengekalkan status quo apabila memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dengan majoriti yang lebih besar, dengan penambahan lebih 10,000 undi.

Calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang dengan majoriti 37,220 berbanding 27,179 undi yang dimenangi penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anda Mungkin Berminat