Oleh: Tyah Helmi
DAVOS: Menantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Jared Kushner membentang satu pelan pembangunan Gaza baharu serta menyasarkan wilayah itu menjadi sebuah badan pesisir pantai moden dan pusat ekonomi baharu.
Menerusi pembentangan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Kushner membentangkan pelannya yang memaparkan imej bangunan pencakar langit, kompleks kediaman dan kawasan komersial yang dicadangkan bagi membina semula Gaza.
Difahamkan, Donald Trump menyokong penuh pelan yang direka oleh menantu lelakinya itu.
Kushner berpandangan, Gaza yang didakwa berada di era pasca perang berpotensi menjadi sebuah hub yang mampu menawarkan peluang pekerjaan yang berkualiti serta membina taraf hidup yang lebih buat penduduknya.
“Di Timur Tengah, bandar dengan populasi dua hingga tiga juta penduduk boleh dibina dalam tempoh tiga tahun.
“Justeru, pelan seperti ini bukan sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan,” katanya.
Menurut beliau, pelan yang dibentang itu memerlukan penyaluran dana sebanyak AS$25 bilion bagi membiayai usaha pembinaan semula infrastruktur asas dan perkhidmatan awam Gaza yang terjejas teruk akibat genosid beramai-ramai itu.
“Ia boleh menjadi simbol harapan dan pada masa sama muncul sebagai sebuah destinasi baharu,” katanya lagi.
Untuk info, Kushner melibatkan diri secara langsung dalam rundingan damai berkaitan Gaza yang disokong oleh rumah putih, Washington walaupun tidak menjawat sebarang jawatan rasmi dalam pentadbiran AS.
Pembentangan pelan yang digelar ‘New Gaza’ atau Gaza Baharu itu dibuat sejurus Trump mengemukakan cadangan penubuhan ‘Lembaga Keamanan’ atau “Board of Peace’ bagi memantau gencatan senjata serta proses pemulihan Gaza.
Baca juga:








