Meninggal dunia atas sejadah, wanita menghembuskan nafas terakhir sendirian di rumah berkunci

Seorang wanita meninggal dunia di kediamannya di Taman Inang, Alor Setar, kedah pada malam Sabtu.

Wanita berusia 59 tahun tahu itu ditemukan terbaring di atas sejadah dan dipercayai terperangkap dalam rumah yang berkunci serta tidak sedarkan diri.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden mangsa terperangkap dalam rumah pada 8.46 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Zulkifli Md Esa tiba di lokasi bersama 11 anggota tidak lama kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat mangsa dalam rumah berkenaan dalam tidak sedarkan diri dan tindakan bomba adalah dengan memecahkan pintu menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi tidak lama kemudian,” katanya memetik Harian Metro.

Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat sepenuhnya jam 10.23 malam tadi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat