Menteri KPKT Kecewa Projek Pasar Awam Bukit Mertajam

PETALING JAYA: Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming meluahkan rasa kecewa selepas melakukan lawatan mengejut ke Pasar Awam Bukit Mertajam pada Ahad.

“Lawatan mengejut saya ke Pasar Awam Bukit Mertajam hari ini amat mendukacitakan,” katanya.

Menurut beliau, isu baik pulih pasar awam tersebut telah tertangguh lebih dua tahun tanpa sebarang tanda-tanda kerja dimulakan.

Menurut beliau, keadaan pasar yang daif bukan sahaja menjejaskan keselesaan peniaga, malah membahayakan keselamatan pengunjung.

“Sudah lebih dua tahun isu ini tertangguh, namun sehingga kini tiada tanda-tanda kerja baik pulih dimulakan.

“Keadaan pasar yang daif bukan sahaja menjejaskan keselesaan peniaga, malah membahayakan keselamatan pengunjung,” katanya.

Nga Kor Ming berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Tanah (JKT) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneliti serta menangani isu ini dengan segera.

“Saya telah pun mengarahkan JKT dan PBT berkenaan untuk meneliti dan menangani perkara ini.

“Rakyat tidak boleh terus menunggu tanpa jawapan yang pasti.

“Saya mahu satu pelan tindakan segera dan penjelasan tuntas mengapa projek ini masih terbengkalai,” katanya.

Anda Mungkin Berminat