Menteri Ucap Tahniah, Malaysia Julang Kejuaraan Sepak Takraw Asia 2025

PETALING JAYA: Sorakan gemuruh bergema di Stadium Titiwangsa apabila skuad sepak takraw negara sekali lagi membuktikan keunggulan mereka, menewaskan Thailand 2-0 dalam perlawanan akhir kategori regu Piala Asia ASTAF 2025.

Kemenangan itu bukan sekadar mempertahankan gelaran juara tetapi juga menghidupkan kembali detik bersejarah tahun lalu apabila pasukan Malaysia menewaskan lawan sama dengan keputusan serupa di gelanggang yang sama.

Lebih daripada sekadar perlawanan, kemenangan itu melambangkan semangat juang, ketabahan dan kehebatan atlet negara yang tidak pernah luntur mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut mengucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan atas kejayaan berprestij itu.

“Lebih membanggakan kemenangan itu bukan sahaja menyaksikan pasukan negara berjaya mempertahankan kejuaraan tetapi mengimbau kembali memori lama di gelanggang sama juga mereka menundukkan cabaran wakil Gajah Perang 2-0 dalam kategori sama pada tahun lalu.

“Terbukti kejayaan malam ini bukan sekadar kemenangan biasa tetapi ia menjadi satu petanda kepada ketabahan, keunggulan dan semangat juang pasukan kebangsaan yang tidak pernah luntur berjuang di atas nama negara,” katanya.

Anda Mungkin Berminat