PETALING JAYA: Mercu Tanda Kampung Kerinchi hari ini dirasmikan sebagai simbol sejarah, identiti, dan perjuangan komuniti setempat yang berusia lebih 150 tahun.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan kepentingan mengekalkan nama dan kisah Kampung Kerinchi dalam ingatan generasi akan datang.
“Nama dan kisah Kampung Kerinchi mesti terpahat, bukan sekadar di peta, tetapi di hati setiap generasi,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa arus pembangunan perlu disertai komitmen memastikan penduduk asal tidak terpinggir daripada projek perumahan baharu.
Antara projek yang diberi keutamaan kepada warga tempatan ialah Residensi Madani dan Residensi Wilayah bagi membolehkan mereka membina masa depan di tanah kelahiran sendiri.
“Kita mahu mereka terus tinggal di sini, tanpa meninggalkan akar dan komuniti,” ujarnya.
Mercu tanda ini diharap menjadi peringatan bahawa pembangunan hanya bermakna apabila sejarah dihargai dan masyarakat setempat dipelihara.
Kampung Kerinchi yang terletak di Lembah Pantai, terkenal sebagai perkampungan bersejarah yang berkembang pesat seiring pembangunan bandar, namun tetap mengekalkan identiti dan warisan komuniti sejak lebih satu setengah abad lalu.
Baca juga: