Mesyuarat Khas PKR Bincang PRN Sabah, Tindakan Ekonomi

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin malam mengadakan mesyuarat khas di Putrajaya bagi meneliti dapatan awal berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 serta beberapa langkah ekonomi semasa.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat tersebut, MPP memberi tumpuan kepada analisis awal prestasi kerusi-kerusi yang ditandingi PKR dan Pakatan Harapan.

“Proses pengumpulan pandangan dan maklumat akan diteruskan sebelum tindakan susulan dibincangkan secara lebih mendalam pada mesyuarat MPP akan datang.

“Selain itu, mesyuarat turut menerima taklimat ringkas daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai beberapa langkah ekonomi terkini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Fahmi berkata, antara yang dibangkitkan termasuk kenaikan had ambang e-invois serta usaha mempercepatkan pembayaran balik lebihan cukai kepada rakyat.

Terdahulu, pada PRN Sabah ke-17, PKR hanya memenangi satu daripada 12 kerusi ditandinginya di DUN Melalap.

Anda Mungkin Berminat