Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengelurkan amaran hujan berterusan, angin kencang dan laut bergelora bakal melanda negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 11 pagi ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MET Malaysia, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sabah hingga 27 Oktober 2024.
“MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi negeri Sabah dan W.P Labuan berkuat kuasa pada 23 hingga 25 Oktober 2024.
“Pada masa yang sama Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan dan Laut Sulu juga telah dikeluarkan berkuat kuasa pada 23 hingga 27 Oktober 2024,” katanya.
Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Baca juga: