PETALING JAYA: Cuaca panas tahap berjaga-jaga dikenal pasti melanda tiga kawasan di Semenanjung dan sembilan lokasi di Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Semenanjung ialah Kampar di Perak serta Maran dan Rompin di Pahang.
Sementara itu, kawasan di Sarawak yang terjejas meliputi Marudi, Mukah, Sibu, Kanowit, Sarikei, Sri Aman, Lundu, Bau dan Kuching.
“Amaran tahap satu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.” katanya menerusi satu kenyataan.
Orang ramai dinasihatkan merujuk laman rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian.
Baca juga:








