MIC digoda Bersatu? UMNO Beri Peringatan Keras

KUANTAN: UMNO memberi peringatan keras kepada MIC agar tidak terjebak dengan “godaan” Bersatu, susulan tindakan sayap pemuda parti itu menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Armada baru-baru ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan langkah itu menimbulkan keresahan dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia memberi isyarat seolah-olah MIC membuka ruang kepada Bersatu – parti yang pernah meninggalkan BN – untuk menguji kesetiaan gabungan berkenaan.

“Jemputan Bersatu kepada parti-parti komponen BN jelas mempunyai implikasi tertentu yang boleh menjejaskan perpaduan dalam BN.

“Adalah amat penting bagi kita semua sebagai rakan lama untuk lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan yang boleh mengundang tafsiran berbeza,” katanya dalam kenyataan.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang menambah, Umno tetap konsisten mempertahankan semangat setiakawan dalam BN, malah MIC terus diberi tempat sewajarnya biarpun kedudukan Umno lebih dominan di negeri-negeri tertentu.

Namun, beliau mengingatkan tindakan memberi ruang kepada pihak luar yang pernah meninggalkan BN ketika berdepan kesukaran hanya akan membuka kelemahan baharu dalam gabungan itu.

“Percayalah, hanya dengan semangat muafakat dan kebersamaan, BN akan kembali menjadi wadah yang kuat dan dihormati,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat