MIC keluar BN? Biarlah – Puad

Oleh: Tyah Helmi

KUALA LUMPUR: Desas-desus yang menyatakan MIC akan keluar daripada parti komponennya iaitu Barisan Nasional (BN) tidak sesekali akan membunuh BN, sekiranya ia benar.

Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan MIC yang dikatakan bakal keluar itu pada bulan depan bukan sesuatu perkara yang mengejutkan, sebaliknya ia peluang yang terbaik untuk memperkukuh semula BN.

“Ini masa terbaik membina semula BN pasca 2018. BN masih ada ‘friends of BN’ yang juga mewakili kaum India seperti Makkal Sakti, MIUP, PPP, Parti Punjabi dan KIMMA,” katanya.

Menurut Puad, pendedahan berkait MIC itu dibuat oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menerusi video yang dimuat naiknya di TikTok pada baru-baru ini.

Katanya lagi, MIC turut tidak menafikan apabila desas-desus itu didedahkan oleh Tajuddin Abdul Rahman.

“MIC akan keluar BN bulan hadapan. Itu pendedahan Tajuddin Rahman. MIC tidak menafikannya.

“Jika benar, Vigneswaran dan Saravanan telah mencipta sejarah kerana bawa MIC keluar dari BN,” ujarnya.

Puad turut menyelar akan tindakan MIC yang membantah parti-parti Makkal Sakti, MIUP, PPP, Parti Punjabi dan KIMMA, ini kerana parti itu sendiriyang gagal menarik sokongan orang India kepada BN.

“Maka biarlah MIC pergi. Tidak mungkin MIC bergerak solo. Ia masih memerlukan sokongan orang Melayu,” katanya.

Beliau turut tampil mempersoalkan perjalanan MIC pada masa hadapan apabila keluar BN kelak samada mereka berjaya meraih sokongan orang India melalui PN.

“Jangan nanti yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran. BN jalan terus,” ujarnya.

Puad menegaskan, BN kini dalam fasa terbaik untuk dibina semula dengan kekuatan baharu melalui penyertaan rakan-rakan dalam ‘Friends of BN’ yang turut mewakili kaum India seperti Makkal Sakti, MIUP, PPP, Parti Punjabi dan KIMMA.

Beliau turut mengkritik pendirian MIC yang membantah kemasukan parti-parti tersebut sebagai ahli penuh BN sedangkan parti itu sendiri gagal menarik semula sokongan masyarakat India kepada gabungan berkenaan.

“Maka biarlah MIC pergi,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan kemampuan MIC untuk bergerak secara solo tanpa sokongan politik Melayu, sambil mengingatkan parti itu agar tidak tersilap langkah jika memilih untuk mendekati Perikatan Nasional (PN).

“Tidak mungkin MIC boleh bergerak sendiri. Ia tetap memerlukan sokongan orang Melayu. Bolehkah MIC mendapat sokongan itu melalui PN? Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,” ujarnya.

Puad menegaskan bahawa BN akan terus mara dengan hala tuju dan perjuangannya tanpa bergantung kepada mana-mana parti yang memilih untuk meninggalkan gabungan itu.

“BN jalan terus,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat