Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang giat membantu dan menghubungi pihak berkepentingan dengan sehabis baik dalam usaha menyelamatkan rakyat Malaysia dan delegasi Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan Israel pada awal pagi Khamis.
Menerusi kenyataan di laman X beliau, Anwar turut meminta seluruh ahli keluarga aktivis dan sukarelawan Malaysia, ASEAN dan antarabangsa untuk terus diberikan kekuatan dan ketabahan.
“Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini. Perkembangan setiap proses menuju pembebasan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
“Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.
Sebelum ini, media melaporkan tentera Israel telah memintas dan menahan beberapa kapal layar misi Global Sumud Flotilla pada awal pagi Khamis sehingga terdapat 12 rakyat Malaysia telah ditahan oleh tentera haram Israel.
Baca juga: