Mizz Nina ibu angkat Musa yang sah

Aktivis kemanusiaan dan usahawan, Mizz Nina mendapat hak penjagaan penuh ke atas anak angkatnya, Musa.

Perkara itu dinyatakan peguam Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan ketika hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Katanya, Mizz Nina memperoleh Surat Akuan Berkanun (SD) daripada ibu kandung Musa, sementara, bekas suaminya, Noh Salleh, tidak mempunyai akuan tersebut.

mendapat hak penjagaan sepenuhnya ke atas anaknya, Musa memandangkan dirinya memiliki Surat Akuan Berkanun (SD) daripada ibu kandung Musa.

“Noh tidak mempunyai SD untuk mempertahankan haknya sebagai penjaga Musa. Musa merupakan anak angkat, perbicaraan ini tidak akan sama seperti anak kandung dan hanya Nina mempunyai SD yang sah.

“Sekiranya Noh ingin juga mengatakan dirinya mempunyai hak, sila kemukakan SD yang sah daripada ibu kandung Musa,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor pada Selasa.

Bagaimanapun, Noh turut mengakui dengan mengatakan dirinya turut memiliki SD sah daripada ibu kandung Musa.

Bahkan, Noh turut menjelaskan beliau tidak mahu memburukkan mana-mana pihak, tetapi beliau hanya mahu turut berada dalam proses tumbesaran Musa.

“Saya juga mempunyai SD yang sah, jadi saya akan terus menuntut hak saya untuk turut menjaga Musa,” katanya.

“Saya tidak mahu membuat hantaran di sosial media dan memburukkan sesiapa.

“Saya harap pihak di sana tidak memfitnah saya berterusan dan selesaikan perkara ini sebaiknya,” ujarnya.

Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 2 Julai 2011, namun mengumumkan perceraian pada 4 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, dia kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan pemuzik, Essam Muhammad.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat