MOF: Hebahan RON95 seliter palsu

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Tularnya hebahan mesej pautan mengenai pembelian RON 95 berharga RM1.99 seliter oleh warganegara akan dicatu pada kuota tertentu adalah palsu.

Perkara itu disahkan menerusi petikan hantaran kandungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Facebooknya harini.

Petikan kandungan itu merupakan kenyataan oleh Kementerian Kewangan yang menyatakan hebahan mesej pautan tersebut adalah palsu.

Susulan itu, kementerian terbabit menasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mesej palsu seumpama itu.

“Jangan klik tanpa periksa terlebih dahulu dan elak jadi mangsa penipuan.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat yang sahih,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat