PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MOF) mengingatkan agar rakyat Malaysia tidak menggunakan MyKad milik orang lain ketika menggunakan kemudahan subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95)
Dalam satu kenyataan pada Ahad, MOF memberi peringatan itu berikutan beberapa laporan telah dibuat oleh inividu yang mendakwa ada pihak yang menyalahgunakan subsidi tersebut.
“Awas! Orang ramai diingatkan bahawa menebus penggunaan BUDI95 menggunakan MyKad milik orang lain adalah satu kesalahan.
“Sekiranya anda menghadapi masalah MyKad atau kehilangan MyKad, sila laporkan segera kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, media melaporkan tindakan seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan selepas menggunakan MyKad milik individu lain bagi menebus subsidi bahan api itu di sebuah stesen minyak di Gemencheh, Negeri Sembilan, Jumaat lalu.
Perbuatan itu terbongkar apabila pemilik MyKad menyedari berlaku penebusan BUDI95 atas namanya walaupun tidak pernah berbuat demikian, sebelum tampil membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Baca juga:








