MOSTI anjur National Science Challenge 2024, pupuk minat pelajar terhadap STEM

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Akademi Sains Malaysia (ASM) menganjurkan National Science Challenge (NSC) 2024 untuk memupuk minat bidang Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar sekolah.

Bertemakan ‘Memacu Era Transformasi Digital: Merintis Inovasi dan Penyelesaian Mampan’, ia memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0 yang melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pelbagai perincian teknologi yang lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, penganjuran NSC itu juga mendedahkan peserta dalam lingkungan umur 13 hingga 16 tahun terhadap teknologi-teknologi baharu untuk memupuk minat mereka.

“Teknologi-teknologi ini menjadi platform untuk memupuk minat mereka dalam bidang STEM dan untuk menangani isu nasional berkenaan penurunan peratusan pelajar sekolah menengah yang mengambil aliran sains tulen.

“NSC juga menawarkan pendekatan ‘hands-on’ dan program mentor secara langsung daripada pakar akademi dan industri agar peserta boleh mendapat fahaman yang lebih mendalam mengalami bidang ini,” katanya menerusi kenyataan.

Untuk rekod, NSC telah dianjurkan pada setiap tahun sejak 1999, dengan anggaran penyertaan sebanyak 150,000 sepanjang penganjurannya.

Jumlah pendaftaran tertinggi adalah sebanyak 29,664 yang direkodkan pada tahun lalu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat