KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengesahkan 329,000 tong diesel yang dihantar ke Filipina baru-baru ini bukan berasal dari Malaysia seperti dilaporkan media antarabangsa.
Pasukan Pengurusan Krisis MTEN dalam kenyataan pada Sabtu, menasihatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta merujuk kepada sumber rasmi kerajaan.
Terdahulu, media Filipina melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke negara itu bagi menambah bekalan bahan api negara itu ketika ketidaktentuan pasaran global.
Menurut laporan itu, penghantaran itu sebahagian daripada usaha kerajaan Filipina memperkukuh bekalan domestik, susulan penghantaran 142,000 tong atau 22.578 juta liter dari Jepun pada 26 Mac.
Susulan itu, beberapa ahli politik mempersoalkan laporan tersebut dan menyifatkan ia sebagai pengkhianatan.
Menurut sumber, produk tersebut dimiliki oleh Vitol iaitu syarikat perdagangan antarabangsa yang membeli dan menghantar minyak ke pelbagai negara dan Malaysia menjadi tempat persinggahan.
Baca juga:








