Muat Naik Hantaran Hina Etnik Sarawak, Pengguna Facebook Disiasat MCMC

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan menyiasat beberapa hantaran Facebook berunsur perkauman yang didakwa menjejaskan sensitiviti etnik di Sarawak.

Menerusi kenyataan media, seorang individu dipanggil memberi keterangan, semalam.

“Sebuah telefon bimbit dan satu kad SIM turut disita bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000, penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya,” kata MCMC.

MCMC menegaskan bahawa sebarang penyebaran kandungan jelik yang menyentuh sensitiviti kaum, agama atau Institusi Diraja adalah satu kesalahan serius dan tidak akan dikompromi.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang pelanggaran undang-undang tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu,” tambah MCMC.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat