Mutang Tagal meninggal dunia pada usia 70 tahun

Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal meninggal dunia hari ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Mutang, 69, sebelum ini jatuh sakit semasa lawatan kerja ke Azerbaijan dan dibawa pulang ke Malaysia pada awal minggu ini untuk mendapatkan rawatan.

Mendiang yang merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Mas (kini dikenali sebagai Lawas) meninggalkan isteri, Datin Ho Mei Leng dan tiga orang anak.

Beliau merupakan Orang Asli pertama dari Sarawak yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara, susulan perletakan jawatan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Berasal dari Ba’kelalan, mendiang juga merupakan seorang peguam dan ahli perniagaan sebelum menyertai bidang politik sebagai ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pada April 1982 hingga Oktober 1990.

Dalam pada itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul turut manzahirkan ucapan takziah atas pemergian mendiang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat